NAMA : SOEBAH BINTI MOHAMMAD RODZI
NO MATRIK : D20192091369
PENGURUSAN PENASIHATAN MURID
KOMPONEN PENGURUSAN PENASIHATAN MURID
1. BIMBINGAN
▪ Konsep bimbingan ialah bantuan
seseorang yang memiliki peribadi dan pendidikan yang memadai kepada seseorang
individu dari setiap peringkat usia. Tujuannya adalah untuk menolong
mengarahkan hidupnya sendiri, membuat pilihannya sendiri dan menanggung
akibatnya sendiri (Crow & Crow 1960). Manakala menurut Shertzer & Stone
1971, Satu proses menolong individu untuk memahami diri dan alam sekelilingnya.
Manakala konsep bimbingan menurut Mathewson 1962 ialah proses yang profesional
dan bersistematik yang bertujuan untuk menolong individu melalui pendidikan.
▪ Ciri-ciri bimbingan merupakan
aktiviti yang dirancang. Ia bukanlah kegiatan yang dilakukan secara kebetulan, secara
tiba-tiba, tidak sengaja dan sambil lewa tetapi ia adalah satu kegiatan yang
tersusun, sengaja, berencana, berterusan dan mempunyai arah tujuan. Bimbingan
merupakan proses membantu individu atau kumpulan. Bimbingan tidak memaksa
seseorang itu mengikut arah yang tertentu, melainkan membantu atau menolong
individu mengikut arah yang sesuai dengannya. Bimbingan yang diberikan kepada
individu yang memerlukan bantuan untuk memecahkan permasalahan yang
dihadapinya.
2. PENASIHATAN
▪ Konsep penasihatan merujuk kepada memberi nasihat iaitu strategi menyelesaikan
masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat (Zuraidah 1994).
Manakala menurut Gibson & Mitchell 1999 ialah nasihat digunakan bagi
menyediakan klien dengan maklumat baru dan berguna Menurut Kamus Dewan, nasihat ialah ajaran, petunjuk
yang baik, peringatan mengusulkan, mengesyorkan atau menganjurkan kepada seseorang
tentang pelbagai hal.
▪ Ciri-ciri penasihatan ini berfokus kepada permasalahan yang dihadapi daripada menumpukan
kepada diri individu yang bermasalah. Ia berbentuk arahan atau suruhan
daripada seorang yang dianggap lebih berautoriti kepada seorang lain. Orang
yang berautoriti ini adalah lebih berpengalaman, banyak pengetahuan, mempunyai
kelayakan dan pengiktirafan. Memberi nasihat adalah strategi yang paling cepat
untuk mengatasi permasalahan jika nasihat itu meninggalkan kesan.
▪ Proses bimbingan dan penasihatan bermula dengan fasa pertama iaitu kesedaran guru sebagai pembimbing dan
penasihat pelajar. Seterusnya fasa kedua iaitu menguasai kemahiran-kemahiran
asas bimbingan dan penasihatan. Fasa ketiga melalui proses mengenali pelajar. Fasa
keempat ialah proses membimbing pelajar. Fasa yang terakhir ialah analisis penilaian.
3. MENTORING
▪ Mentoring bermaksud membimbing dan menyokong pelajar (mantee) supaya beliau dapat
melalui satu transisi sukar dengan lebih mudah, tentang melicinkan tatacara,
yang dapat membenarkan, menyakinkan di samping mengurus dan mengarahkan (Fletcher 2000). Konsep mentoring di dalam konteks pendidikan adalah gabungan melatih (coaching),
kauseling, dan penilaian mentor untuk membantu mantee mendalami perkembangan
professional.
▪ Ciri-ciri mentoring seperti mementingkan
perkembangan personal dan professional mentee yang berterusan. Memudahkan
sesuatu transisi dan memastikan berlaku perkembangan positif. Bertindakbalas
terhadap kelebihan individu, nilai dan keperluan mentor dan mantee. Bertimbang
rasa dan akur kepada kesilapan yang sukar dielakkan. Menerima kesilapan yang
boleh diterima dan yang tidak.
▪ Proses mentoring bermula dengan proses pertama iaitu menjalin perhubungan. Proses 2 merundingkan persetujuan/ perjanjian. Proses 3 perkembangan professional mantee. Proses 4 menamatkan perhubungan.
KESIMPULAN
Pengurusan Penasihatan Murid merujuk kepada perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Hal ini kerana, unit bimbingan dan kaunseling merupakan unit yang penting dalam pendidikan dimana guru bukan sahaja memainkan peranan dalam pembelajaran sebaliknya juga dalam pembentukan disiplin dah sahsiah murid di sekolah. Dalam bab ini menumpukan kepada perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dimana para pelajar boleh mendapatkan khidmat kaunseling daripada guru kaunseling ataupun kaunselor. Dalam bab ini kita dapat mempelajari jenis ruang bilik kaunseling seperti bilik kaunseling individu dan kelompok. Guru kaunseling memainkan pelbagai peranan dalam perkembangan sahsiah disiplin, mental dan juga pengurusan akademik dan kerjaya pelajar. Kesimpulannya, proses dan kaedah dalam pengurusan penasihatan pelajar yang merujuk kepada perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang berkesan ini seterusnya dapat membantu pencapaian akademik m
RUJUKAN
https://hasyamocha.wordpress.com/2020/07/18/pengurusan-penasihatan-murid/
http://syahira77.blogspot.com/2018/12/tajuk-10-pengurusan-penasihatan-murid.html https://myguru.upsi.edu.my/documents/2018/courses/KPS3014/material/K01947_20180507164604_K10%20PENGURUSAN%20PENASIHATAN%20MURID.pptxur
No comments:
Post a Comment