NAMA: NUR ATIRAH BINTI MOHD KHAIDZIR
NO. MATRIK: D20192091436
BAB 6: PENGURUSAN BILIK DARJAH
Bilik darjah ialah merupakan tempat di mana berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran. Ianya melibatkan komunikasi serta interaksi di kalangan pelajar kerana sebahagian dari proses pengajaran dan pembelajaran ini adalah untuk membina serta memupuk tingkah laku pelajar dalam bilik darjah agar proses pengajaran ini dapat dilaksanakan dengan lancar. Sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang berkesan datangnya daripada pengurusan bilik darjah cemerlang yang dipimpin oleh guru yang mempunyai kemahiran pengurusan yang baik. Pengurusan bilik darjah merujuk kepada proses perancangan, pengorganisasian, kawalan pelajar dan proses pembelajaran untuk mewujudkan suasana yang kondusif. Konsep pengurusan bilik darjah melibatkan segala aktiviti yang dilaksanakan oleh guru dalam membentuk dan mewujudkan satu iklim bilik darjah yang membantu keberkesanan dan kecekapan pengajaran. Oleh itu, guru perlu mewujudkan bilik darjah yang kondusif dan mengawal tingkah laku pelajar yang pelbagai dengan bijak serta menggunakan kaedah yang tepat dan berkesan yang dapat menarik perhatian pelajar. Pengurusan bilik darjah dinamik ke arah pembinaan modal insan yang menjurus kepada pembinaan jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) memerlukan pelbagai pengetahuan, kemahiran, prosedur, teknik dan strategi.
Jenis bilik darjah:
Jenis Bilik Darjah | Ciri-ciri |
Bilik Darjah Tradisi |
|
Bilik Darjah KBSM & KSSM Abad Ke-21 |
|
Bilik Darjah Terbuka |
|
Dalam mengurus bilik darjah, terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi keberkesanannya. Faktor-faktor ini memainkan peranan dominan dalam menentukan hala tuju dan objektif sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah:
- Faktor fizikal
- Melibatkan susun atur, keceriaan dan kebersihan
- Merangkumi segala bentuk kemudahan dan peralatan
2. Faktor psikososial
- Pendekatan pengajaran
- Gaya kepimpinan guru
- Menjalin hubungan positif antara guru dan murid
- Kemahiran menghantar maklumat
- Kemahiran menerima maklumat
Pengurusan bilik darjah penting supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar dan berkesan seperti yang dirancang dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Dalam pengurusan bilik darjah, guru berperanan sebagai perancang dan pengelola. Guru memainkan peranan sebagai pembimbing, penyelaras dan fasilitator dalam pengurusan bilik darjah. Peranan guru dalam mengurus bilik darjah bukan sahaja tertumpu kepada pengurusan persekitaran pembelajaran yang kondusif malah pengurusan pentaksiran dan pengurusan sumber maklumat pelajar. Oleh yang demikian, guru perlu mempunyai pelbagai kemahiran dalam mengurus bilik darjah. Antaranya ialah:
1. Kemahiran merancang strategi
- Kemahiran atau ilmu dalam pengurusan blik darjah merupakan sesuatu yang akan membantu guru sepanjang pengajaran dan pembelajaran dikendalikan. Merancang sesuatu sebelum kelas bermula merupakan kemahiran pertama yang perlu dikuasai oleh seorang guru. Perancangan yang dibuat oleh guru perlu merujuk sukatan pelajaran untuk menentukan objektif dan hasil pembelajaran. Setelah itu, pemilihan topik dan pendekatan yang sesuai, strategi dan kaedah mengajar dengan mengambil kira gaya pembelajaran yang berbeza perlu ditetapkan oleh guru
- Dalam mengelola bilik darjah, guru perlu memberikan arahan yang jelas, memaklumkan peraturan dan prosuder, menyelaras dan mengatur aktiviti serta bahan pembelajaran, mengagihkan tugasan, membahagikan murid kepada kumpulan, menentukan kedudukan dan susunan murid atau kumpulan. Guru juga perlu mengambil perhatian dalam menentukan kedudukan dan susunan murid atau kumpulan. Hal ini dilakukan supaya murid memahami hala tuju dan peranan mereka di dalam bilik darjah. Guru juga perlu memastikan murid yang memerlukan bimbingan mendapat perhatian dan diberikan aktiviti pemulihan dan murid yang dapat menguasai konsep pembelajaran diberi aktiviti pengajaran.
- Kemahiran pelbagai rangsangan merujuk kepada aktiviti yang dilakukan oleh guru untuk mempelbagaikan teknik pengajaran bagi menarik minat dan perhatian pelajar. Kemahiran ini meliputi kemahiran mengubah tingkah laku, suara dan cara pengajaran guru. Sebagai contoh, kepelbagaian pendekatan yang digunakan oleh guru ketika mengajar seperti mengadakan sesi soal jawab, menggunakan permainan untuk mengajar dan sebagainya. Guru yang mampu menguasai kemahiran ini akan berupaya mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif, menarik dan menyeronokkan.
- Set induksi adalah sebahagian permulaan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan untuk membina aliran fikiran pelajar serta menarik minat mereka untuk lebih memberi tumpuan dan fokus kepada pengajaran dan pembelajaran yang hendak disampaikan. Guru boleh menggunakan pelbagai kaedah dan teknik yang sesuai untuk menyampaikan set induksi atau pemulaan pengajaran dan pembelajaran seperti teknik penyoalan, alat bantu mengajar, bercerita, motivasi, dan sebagainya. Masa yang diperuntukkan untuk set induksi adalah singkat, biasanya tidak melebihi 5 minit dalam sesuatu waktu. Set induksi digunakan apabila memulakan setiap proses pengajaran dan pembelajaran yang baru, mengenalkan sesuatu konsep kepada murid-murid, memulakan sesi soal jawab bagi menggalakkan kanak-kanak untuk berinteraksi serta mengubah cara penyampaian jika murid kurang faham. Set induksi boleh digunakan dengan pelbagai cara seperti guru bercerita, melakukan aktiviti nyanyian, lakonan dan simulasi, mengadakan sesi soa jawan serta menggunakan alat bantu mengajar.
- Kemahiran penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) merupakan satu kemahiran yang penting untuk dikuasai oleh seorang guru. BBM yang digunakan ini mestilah mampu memberikan rangsangan dan minat kepada pelajar di samping membantu pelajar mencetuskan idea berkenaan topik yang diajar oleh guru. Ia juga mestilah bersesuaian dengan objektif dan isi kandungan pelajaran serta digunakan pada waktu yang sesuai dan maklumat yang ingin disampaikan melalui BBM tersebut mestilah jelas, ringkas, padat dan jitu. Bahan bantu mengajar harus disediakan dengan tujuan untuk menambahkan kesan set induksi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu mempertingkatkan pelbagai aspek dalam pemilihan BBM, antaranya ialah kesesuaian dengan pelajar dan persekitaran bilik darjah. Sekiranya bahan bantu mengajar digunakan dengan baik ia akan dapat membantu menambahkan lagi keberkesanan pengajaran guru dalam bilik darjah. Penggunaan BBM boleh mempercepatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran.
- Menjalin hubungan guru-murid merupakan kemahiran yang amat penting dan perlu difokuskan oleh setiap guru dalam ilmu pengurusan bilik darjah. Oleh itu, guru peru mendapatkan kerjasama daripada pelajar dalam mengurus persekitaran bilik darjah sekaligus mengalakkan pelajar berfungsi sebagai satu pasukan. Dalam pada masa yang sama, guru perlu mengambil berat akan keperluan pelajarnya dengan menitikberatkan kelebihan dan kelemahan yang ada pada pelajar. Pujian daripada guru merupakan satu kaedah yang bernilai dan berkesan untuk membantu pelajar mengubah tingkah laku mereka seterusnya meningkatkan keberkesanan proses pembelajaran di bilik darjah Keseimbangan antara fokus terhadap guru sebagai penggerak, pemimpin dan rakan sepasukan membantu menjalinkan hubungan antara guru dengan murid. Hubungan interpersonal yang baik antara guru dan pelajar dapat mewujudkan suatu suasana bilik darjah yang positif.
- Guru juga perlu melakukan refleksi dengan menganalisis dan menilai keberkesanan pengurusan bilik darjah yang dilaksanakan. Guru juga mesti bertanggungjawab dan bersifat terbuka untuk menerima kemungkinan berlakunya kesilapan dan membuat perubahan, bersedia mencuba alternatif yang lain, mendengar serta mempertimbangkan maklumat daripada sumber-sumber lain.
Antara ciri kepimpinan yang perlu ada pada seorang guru ialah:
1. Berwawasan jelas
- Guru yang mempunyai wawasan yang jelas memiliki kemampuan berfikir dalam pelbagai pendekatan bagi mencari alternatif seta mampu memperjelas atau memperbaki sesuatu yang abstrak kepada yang nyata.
- Mendidik dengan penuh kasih sayang, menunjukkan teladan yang baik serta mempunyai integriti dalam diri.
- Memiliki daya kekuatan yang mampu menggerakkan pelajar serta mempunyai daya tahan fizikal dan mental.
- Mempraktikkan gaya kepimpinan demokratik, menggalakkan penglibatan pelajar dengan mengelolakan aktiviti, menggunakan alat bantu mengajar elektronik bagi menarik minat pelajar serta mengadakan sesi soal jawab.
Antara kepentingan pengurusan bilik darjah:
1. Melahirkan guru yang professional dan proaktif dalam mendidik pelajar
2. Menggalakkan tingkah laku yang sesuai
3. Membentuk suasana pembelajaran yang positif
4. Menjalinkan hubungan interpersonal antara guru dengan pelajar
5. Mengurangkan masalah disiplin pelajar
6. Dapat menggunakan masa dengan optimum
Secara kesimpulannya, pengurusan bilik darjah amat penting bagi memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Pengurusan bilik darjah yang baik bergantung kepada kebijaksanaan guru bagi menghasilkan satu persekitaran bilik darjah yang harmonis, kondusif dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang memberansangkan serta mencapai objektif. Pada pembelajaran abad ke-21 ini, guru berperanan sebagai fasilitator, pembimbing dan kaunselor yang perlu sentiasa komited dengan kerjayanya. Untuk menjadi guru yang berdedikasi dan disukai murid, guru mestilah bijak memainkan peranannya sebagai pengurus dalam bilik darjah dengan mewujudkan bilik darjah yang kondusif demi meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran sehingga ke peringkat optimum. Pengurusan bilik darjah yang berkesan dan sistematik oleh seseorang guru dilihat menjadi kayu pengukur kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Rujukan:
Abdull Sukor Shaari (2008). Guru berkesan: petua dan panduan. Diperoleh daripada https://books.google.com.my/books?hl=en&lr=&id=CZYOEAAAQBAJ&oi=fnd&pg=PA1&dq=pengurusan+bilik+darjah%27&ots=Lrh7l01743&sig=iV5c-zoD8S4LRbF7hLpUsMfzoV0#v=onepage&q=pengurusan%20bilik%20darjah'&f=false
Aney Marinda, Muhammad Amin & Norasmah Othman (2019). Pengurusan bilik darjah guru baharu yang mengikuti program pembangunan guru baharu (PPGB). Jurnal Pendidikan Malaysia, 44(1), 21-27. doi: http://dx.doi.org/10.17576/JPEN-2019-44.01-03
Foziana Jamaludin, Mohamed Yusoff Mohd Nor, & Mohd Izham Mohd Hamzah. (2018). Latihan dalam perkhidmatan: pengurusan bilik darjah. Jurnal Wacana Sarjana, 2(1), 1-12. Diperoleh daripada http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/78
Jaggil Apak & Muhamad Suhaimi Taat. (2018). Hubungan tingkah laku pemupukan kreativiti guru dengan pengurusan bilik darjah abad ke-21. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 3(3), 64-79. doi: https://doi.org/10.47405/mjssh.v3i3.101
Jaggil Apak & Muhamad Suhaimi Taat. (2018). Pengaruh kesediaan guru terhadap pengurusan bilik darjah abad ke-21. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 3(4), 6-22. doi: https://doi.org/10.47405/mjssh.v3i4.103
No comments:
Post a Comment