BAB 7 : PENGURUSAN SUMBER

 NAMA : NURUL AMNI HUDA KHAIRUL ANUAR

NO MATRIK : D20192091441


PENGENALAN

Pengurusan

ü  Melibatkan proses perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan usaha-usaha ahli organisasi dan menggunakan semua sumber organisasi secara cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat organisasi.

 

Sumber

ü  Merupakan bahan atau tenaga yang diperlukan untuk melakukan sesuatu.

ü  Juga merupakan satu set bahan atau sistem yang diwujudkan dengan bertujuan untuk membolehkan dan memudahkan pembelajaran seseorang pelajar.

ü  Terbahagi kepada 3 kategori;

o   Sumber primer → hasil kerja asal yang memberikan pengetahuan baru atau meningkatkan kemajuan ke atas pengetahuan sedia ada terhadap sesuatu perkara yang merupakan asas kepada sumber sekunder dan sumber tertier (etc; tesis, jurnal, prosiding).

o   Sumber sekunder → sumber yang memberikan akses kepada sumber primer melalui perkhidmatan abstrak dan indeks. Rujukan adalah dalam format bibliografi yang diterbitkan (etc; nota kaki, glosari).

o   Sumber tertier (sumber umum) → maklumat yang telah diterima umum dari sumber-sumber primer (etc; buku teks, data, ulasan artikel, laman web).

 

Pengurusan Sumber

ü  Satu proses membuat keputusan bagi menjamin bekalan sumber yang berterusan melalui usaha pemeliharaan dan pemuliharaan.

ü  Dessler (1997) telah mentakrifkan konsep ini sebagai suatu bentuk hubungan pengurusan sumber manusia dengan matlamat dan objektif organisasi yang strategik.

ü  Konsep ini lebih memberikan tumpuan terhadap kaedah atau cara sesebuah organisasi mengurus dan mentadbir sumber manusia.

 

ISI KANDUNGAN

Konsep Pengurusan Sumber

o   Suatu tempat – yang memberikan suasana pembelajaran kendiri yang selesa.

o   Perkhidmatan – yang ditawarkan membolehkan pelanggan memperoleh dan mengamal kemahiran dalam pembelajaran.

o   Koleksi bahan – yang disediakan lengkap dan kemaskini sejajar dengan perkembangan pendidikan.

o   Agen perubahan – yang dapat memupuk potensi dan minat pelanggan dalam bidang pembelajaran.

 

Kepentingan Sumber

1.    Media komunikasi

§  Komunikasi melibatkan penyampaian dan penerimaan maklumat.

§  Disalurkan melalui media tertentu seperti media cetak dan tayangan video.

§  Guru sebagai pengirim dan murid sebagai penerima.

 

2.    Sebagai rangsangan

§  Murid lebih minat belajar.

§  Bahan sebagai rangsangan utama murid.

§  Memahami sesuatu dengan lebih mendalam.

§  Tumpuan murid lebih kepada perkara-perkara yang menarik, bermakna dan penting.

 

3.    Penjelasan makna dan konsep

§  Dapat menjelaskan makna dan konsep menggunakan sumber.

§  Boleh diguna diluar dan di dalam bilik darjah.

§  Seperti siaran langsung atau rakaman-rakaman peristiwa sebenar seperti radio dan televisyen.

§  Mengembangkan corak pemikiran murid.

 

4.    Penggerak penggunaan pelbagai media

§  Melibatkan pelbagai deria seperti deria rasa, dengar, lihat, sentuh dan bau.

§  Guru perlu menggunakan pelbagai sumber dan bahan supaay deria-deria ini boleh digunakan.

§  Deria lebih banyak digunakan dalam aktiviti pembelajaran.

 

5.    Sumber pengalaman

§  Memberi pengalaman langsung dan tidak langsung.

§  Pengalaman memberi kesan mendalam terhadap proses pembelajaran murid.

§  Lebih banyak belajar melalui pengalaman sendiri berbanding maklumat yang diperoleh.

§  Untuk memastikan apa yang diajar kekal lama dalam ingatan murid.

 

Objektif Pusat Sumber

  •     Kecemerlangan pendidikan
  •    Penggunaan kemudahan
  •     Pemupukan tabiat belajar
  •     Penghasilan bahan
  •     Perkhidmatan pembelajaran
  •     Kemahiran maklumat


Jenis-jenis Sumber Yang Difokuskan Di Sekolah

  1.         Pusat sumber pertama → Perpustakaan
  2.         Pusat sumber kedua → Makmal Sains
  3.         Pusat sumber ketiga → Makmal Komputer

 

Fungsi Pusat Sumber

o   Mengenal pasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan ko-kurikulum.
o   Berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan dalam proses pembelajaran.
o   Tempat pemilihan dan penilaian bahan sebelum digunakan.
o   Pintu masuk maklumat dari agensi luar.
o   Mendapatkan panduan mencari, mengguna, menghasil dan mempersembahkan maklumat keperluan kurikulum.
o   Penggalak aktiviti membaca dan kemahiran maklumat.
o   Pengembangan kemahiran pembelajaran kendiri.
o   Penyedia keperluan terkini teknologi pendidikan.
o   Penyedia perkhidmatan reprografi dan rakam salin.

 

Ciri-ciri Pusat Sumber Yang Berkesan

o   Warga sekolah tahu dan kenal pengurus PSS
o   Terdapat pelbagai aktiviti galakan penggunaan PSS
o   Perkhidmatan dan koleksi digunakan dalam proses PdPc
o   Lokasi PSS di tengah-tengah kawasan sekolah agar mudah dan cepat dikunjungi
o   Warga sekolah suka dan senang datang menggunakan PSS
o   Warga sekolah faham peranan PSS sebagai khidmat bantu kurikulum
o   Mempunyai koleksi yang sesuai, mencukupi terkini dan menarik

 

6 Perkara Penting Untuk Mewujudkan Pusat Sumber Yang Berkesan

1.    Penggunaan
2.    Kepimpinan
3.    Kewangan
4.    Kemudahan fizikal
5.    Tenaga manusia
6.    Koleksi bahan

 

Bahan & Perkakasan

Dalam sebuah PSS, sumber boleh dibahagikan kepada;

      i.        Perkakasan (hardware)

 

     ii.        Bahan (software);

Ø  Bahan cetak (bahan yang tercetak secara mekanikal atau elektronik ke atas kertas, kad atau kertas tebal)

·         Buku

·         Bahan khusus

·         Terbitan berkala

 

Ø  Bahan bukan cetak

·         Perkakasan

·         Perisian

·         Carta

·         Permainan

·         Audio

·         Bahan tiga segi

·         Lutsinar

·         Video

 

 

PEMBELAJARAN BERASASKAN SUMBER

Ø  Meliputi satu matapelajaran tertentu atau melibatkan berbagai disiplin pelajaran.

Ø  Dibimbing oleh guru dan berpusat kepada murid bersifat individu atau secara kumpulan

Ø  Menggunakan bahan bagi pembelajaran secara individu atau kumpulan.

 

Komponen Pembelajaran Berasaskan Sumber

·         Penggunaan buku teks

·         Aktiviti penelitian

·         Pencarian bahan dari pelbagai sumber

·         Latihan penyelesaian masalah

·         Penggunaan alat pandang dengar

 

Dasar Pembelajaran Berasaskan Sumber

o   Pengajaran melalui kerja projek

o   Pengajaran unit yang berintegrasi

o   Pendekatan inter disiplin

o   Pembelajaran individu secara aktif

 

Ciri-ciri Pembelajaran Berasaskan Sumber

§  Aktiviti pembelajaran memberi penekanan kepada sumber pendidikan.

§  Melibatkan pelajar belajar secara aktif.

§  Dengan menyajikan berbagai pendekatan tentang bahan pembelajaran, kaedah kerja dan saluran komunikasi, motivasi belajar akan dapat dipertingkatkan.

§  Memberi peluang kepada pelajar untuk belajar mengikut keupayaan diri mereka sendiri.

§  Lebih fleksibel dalam penggunaan waktu dan ruang belajar.

§  Mengembangkan sikap yakin kepada diri sendiri dan melatih kemahiran belajar sepanjang hayat.

 

 

RUMUSAN

Pengurusan sumber ini sangat penting dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Hal ini demikian kerana jika semua sumber digunakan dalam situasi PdP yang sesuai, ia akan bertindak sebagai rangsangan untuk mewujudkan situasi pembelajaran yang lebih efektif dan bermakna. Selain itu, murid juga dapat melibatkan diri mereka secara aktif dalam proses pembelajaran kerana penggunaan pendekatan kaedah atau cara pembelajaran yang pelbagai dapat menarik minat dan perhatian murid. Oleh hal yang demikian, pemilihan pendekatan yang betul dan tetap amatlah penting bagi mewujudkan proses PdP yang efektif dan mantap.

 

 

RUJUKAN

http://notakps3014.blogspot.com/2018/12/bab-7-pengurusan-sumber.html

http://badiahhalim.blogspot.com/2018/12/bab-7-pengurusan-sumber.html

https://prezi.com/3ood1pnnxkxp/apa-itu-pengurusan-sumber/


No comments:

Post a Comment

  SENARAI AHLI KUMPULAN 1.  SOEBAH BINTI MOHAMMAD RODZI D20192091369   AT36-ISMP TAHFIZ ALQURAN DAN QIRAAT 2.  NURUL HUSNA BINTI MOHAMMED JA...