BAB 4 : KEPIMPINAN DAN ORGANISASI

NAMA : NUR HAFIZAH BINTI ISHAK

NO MATRIK : D20192091439



Objektif

·         Mengenal pasti takrif kepimpinan dan organisasi dalam konteks pendidikan di Malaysia.

·         Menjelaskan konsep yang mempengaruhi kepimpinan dan organisasi.

·      Mengetahui jenis kepimpinan atau organisasi yang terdapat dalam pentadbiran sekolah.

·    Menerangkan ciri – ciri kepimpinan yang baik untuk diamalkan dalam bidang kepimpinan dan organisasi di sekolah.

·      Menghuraikan kepentingan sistem kepimpinan dan organisasi dalam sesebuah sekolah supaya warga sekolah dan masyarakat cakna akan kelebihannya.

 


Pengenalan

Kepimpinan ialah aspek yang mustahak dalam mewujudkan sesebuah organisasi bagi merealisasikan matlamat, visi, misi dan objektif yang diperlukan oleh anggota masyarakat. Oleh itu, kejayaan sesebuah institusi terletak kepada tapuk kepimpinan yang benar dan baik. Sifat berkepimpinan boleh lahir dalam jiwa setiap individu malahan turut boleh diasah dan digilapkan. Maka, kekuatan dalam diri akan mengoptimumkan potensi dan sedaya upaya dalam menjalankan tanggungjawab yang dipikul. Setiap pemimpim mempunyai gayanya yang tersendiri. Justeru, gaya seseorang pemimpin itu mampu memberi kesan yang mendalam kepada mereka yang dipimpin. Kepimpinan berlaku apabila seseorang mendorong, membimbing, dan mempengaruhi orang lain terhadap sesuatu keputusan, sasaran dan tujuan.

Sekolah merupakan sebuah institusi pengajian yang menggunakan struktur organisasi yang besar yang seyogianya diurus dengan bijaksana dan cekap. Ahli organisasi hendaklah dipilih dengan adil dan saksama serta bersesuaian dengan kredibiliti seseorang dalam mencurahkan tenaga, masa dan kerja. Semua anggota sepatutnya memainkan fungsi masing – masing agar segala gerak kerja berjalan dengan lancar. Mungkin pemimpin juga boleh mencadangkan beberapa jawatan dalam pembahagian tugasan supaya lebih teratur dan senang untuk proses seterusnya.

 


1.0  Definisi

Kepimpinan

Kepimpinan boleh dimaksudkan dalam pelbagai aspek yang berbeza.  Pertama, menurut Yaakob (1989) kepimpinan perlu melibatkan orang lain.  Dalam erti kata lain subordinat atau pengikut.  Ini berikutan kesediaan subordinat menerima arahan dari pemimpin, para kumpulan membantu dalam mewujudkan status pemimpin dan menjadikan proses kepimpinan dapat diwujudkan.  Kedua, kepimpinan juga akan melibatkan pembahagian kuasa yang tidak sama di kalangan para pemimpin dan juga anggota kumpulan. Ini bermaksud bahawa pemimpin mempunyai autoriti untuk mengarah anggota kumpulannya. Ketiga, kepimpinan boleh didefinisikan dalam pendidikan sebagai keupayaan mempengaruhi, memotivasikan, mengubah sikap dan tingkah laku subordinat seperti guru, staf dan pelajar supaya melaksanakan aktiviti atau program yang telah ditetapkan bagai mencapai matlamat sekolah (Yahya Don, 2005). Oleh itu, kepimpinan tidak dapat dipisahkan daripada subordinat dan pandangan subordinat perlu diperhatikan dan dinilai untuk mendapatkan keputusan yang menyeluruh dan berkesan.

Organisasi

Organisasi merupakan kesatuan, sususan atau sebagainya yang terdiri daripada bahagian – bahagian dalam sesuatu pertubuhan, kumpulan, perbadanan bagi tujuan dan kepentingan bersama. Organisasi digunakan sebagai wadah dimana setiap kaki tangan berkumpul dan bekerjasama secara sistematik dan dikendalikan dengan sempurna. Tambahan pula, organisasi turut didefinasikan sebagai suatu badan yang dianggotai  oleh berbagai – bagai individu dalam menguruskan dan menjalankan peranan supaya segala gerak kerja dilakukan sepenuhnya.

 

 

2.0  Jenis – jenis Kepimpinan

·         Gaya Autokratik

Pemimpim yang autokratik merupakan seorang yang dogmatic dan positif. Mereka memerlukan kakitangannya untuk menuruti perintah dan suruhan yang diberikan. Malahan, mereka memimpin mengikut kebolehan ahli anggota dan mempunyai hak untuk memberi atau menarik balik ganjaran kerja serta hukuman.

 

·         Gaya Demokratik

Pemimpin yang demokratik pula menggalakkan penglibatan dan penyertaan oleh kakitangan mereka dalam sesuatu perkara. Hal ini demikian kerana ia akan memberi kesan kepada segala tindakan dan pembuatan keputusan.

 

·         Gaya Laissez – Faire

Pemimpin yang menggunakan gaya Laissez – Faire ini sedikit sekali menggunakan kuasanya dan memberi  sepenuh kebebasan kepada organisasinya untuk mengendalikan kerja mereka.

 

·         Gaya kontingensi

Model kepimpinan ini diketengahkan oleh Fiedler. Ianya menyatakan bahawa prestasi kelompok bergantung kepada interaksi antara gaya kepimpinan dengan sekadar menguntungkan atau sebaliknya dalam sesuatu situasi. Pemimpin akan menggunakan kuasa dan pengaruh bagi mengendalikan orang bawahannya. Gaya kepimpinan ini amatlah efektif dan wajar dipraktikkan.

 

  

3.0  Konsep Kepimpinan Pengajaran

Kepimpinan pengajaran yang digunakan sudah dibahagikan kepada tiga dimensi bagi menilai amalan pengajaran pentadbir di sekolah. Pertama sekali ialah “Pentaksiran Misi Sekolah”. Dimensi ini mempunyai dua amalan utama iaitu merangka sasaran sekolah dan penyampaian sasaran sekolah. Sasaran sekolah dan sasaran tahunan dirangka dan mengfokuskan terhadap objektif, keupayaan dan kebolehan pelajar serta warga sekolah yang lain. Hal ini demikian kerana tujuan haruslah dikecapi bersama melalui persepakatan.

Selain itu, dimensi kedua ialah “Pengurusan Program Pengajaran”. Ianya mengandungi tiga amalan iaitu arahan, menyelia dan menilai, mengkoordinasi kurikulum dan memantau perkembangan murid. Tugas mendidik yang dipertanggungjawab ke atas seorang guru mestilah merangkumi daripada segi halatuju tugasan, memerhatikan proses gerak kerja dan akhirnya memberi ulasan terhadap hasil yang telah siap. Kurikulum pula perlulah diberi perhatian kerana hal ini melibatkan prestasi pelajar. Penyertaan dalam aktiviti sekolah seperti menyandang jawatan, mewakili sekolah dan lain – lain mampu menyumbang kepada markah yang tinggi dalam pencapaian mereka. Manakala, pencapaian akademik juga tidak boleh dipandang remeh. Hal ini demikian kerana kita mahu mengenal pasti kelemahan dan kekuatan pelajar dalam perkembangan proses pengajaran dan pembelajaran.

Akhir sekali, dimensi yang ketiga ialah “Pembentukan Iklim Sekolah yang Positif ”. Terdapat lima amalan dalam dimensi ini antaranya ialah menjaga waktu pengjaran, mengekalkan ketampakan tinggi, menyediakan insentif untuk para guru, menggalakkan perkembangan professional dan menyediakan insentif kepada pelajar. Amalan yang pertama mengetengahkan untuk menjaga waktu pengajaran. Hal ini demikian kerana masa PdPc berlansung, sebarang gangguan boleh memberi kesan seperti ketinggalan. Seterusnya, bagi mengekalkan ketampakan tinggi pelajar dan guru sewajarnya lebih berkomunikasi dan interaksi antara satu sama lain. Hal ini turut boleh merapatkan jurang hubungan pelajar dan guru di sekolah. Kemudiannya, insentif yang dimaksudkan untuk para guru buka dalam bentuk wang semata -mata namun ianya adalah sebagai tanda penghargaan terhadap pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa. Insentif untuk pelajar pula ialah pengiktirafan terhadap pencapaian dan hasil kerja mereka yang berkualiti tinggi. Oleh itu, semangat pelajar untuk menuntut ilmu di sekolah akan semakin meningkat dan menjadi pemangkin untuk masa hadapan.

 

 

4.0  Ciri – ciri Kepimpinan

·         Bertanggungjawab

·         Bijaksana

·         Berakhlak mulia

·         Berazam

·         Berani

·         Adik dan saksama

·         Bertolak ansur

·         Mencintai kebenaran

·         Berwibawa

 

 

5.0 Kepentingan Kepimpinan dan Organisasi

·         Rekabentuk Organisasi yang Sempurna

Kepimpinan telah pun menjadi panduan yang akan membawa kelopok masyarakat ke jalan yang benar. Permuafakatan dalam menjalankan amanah telah mengelakkan persengketaan daripada berlaku.

 

·         Dinamik Dalaman Organisasi

Pertumbuhan yang dinamik akan berlaku apabila kita meluaskan pengaruh kepada orang luar. Justeru, perubahan dalam organisasi perlu dilakukan. Maka, muncullah fungsi dan struktur baru yang lebih kompleks dadn lengkap selaras dengan dasar yang telah ditetapkan.

 

·         Kepimpinan sebagai Fungsi Sempadan

Hal ini demikian kerana ia boleh menghubungkan pemimpin dengan subordinat dengan lebih kerap. Interaksi dan komunikasi ialah kunci kepada kejayaan sesuatu struktur atau sistem. Oleh itu, tiada salah faham akan terjadi dan kepimpinan akan diteruskan.

 

·         Keadaan Persekitaran yang Sentiasa Berubah

Organisasi merupakan suatu sistem terbuka. Faktor persekitaran akan menjadi salah satu faktor perubahan dari masa ke masa contohnya teknologi, undang – undang, kebudayaan dan iklim. Jadi, pemimpin sepetutnya peka akan persekitaran supaya organisasi yang dipimpinnya dapat menyesuaikan diri dalam  keadaan semasa.

 

·         Membangunkan Keupayaan Strategik Organisasi

Sesebuah organisasi memerlukan kerjasama dan penglibatan aktif daripada semua ahli – ahli. Hal ini demikian kerana ianya untuk melahirkan mutu dan kualiti tinggi daripada kemahiran dan keupayaan yang unik serta berbeza dengan orang lain.

 

·         Merealisasikan Objektif dan Misi untuk Masa Hadapan

Kepimpinan dan organisasi yang mantap membolehkan kita untuk mengecapi segala harapan, impian dan sasaran tanpa ada halangan. Usaha yang telah dicurahkan telah membuahkan hasil lalu membawa kita kepada kecemerlangan diri.

 

 

Rujukan

Baharom Mohamad & Mohamad Johdi Salleh. (2009). Kepimpinan pendidikan dalam pembangunan modal insan. Seminar Pembangunan Modal Insan 2009. Diperoleh daripada http://eprints.iab.edu.my/v2/987/1/Kpimpinan-Pendidikn-dlm-Pembangunan-Modal-Insan%20%281%29.pdf.

Baharom Mohamad, Mohamad Johdi Salleh & Che Noraini Hashim. (2009). Kepimpinan pendidkan berkesan. Seminar Kepengetuaan Kebangsaan Ke-V1. Diperoleh daripada https://d1wqtxts1xzle7.cloudfront.net/39412845/Proceding_-_Kepimpinan_Pendidikan_Berkesan.pdf?1445792039=&response-content-disposition=inline%3B+filename%3DProceding_Kepimpinan_Pendidikan_Berkesan.pdf&Expires=1607931775&Signature=T9hi18XXweF3trMlDkw06jrf1uq335tHY4hy3vZKQY3Y6w3tMwhtALG9LGvgE7av2yA9UhXPtQUVu1UoTiePKPCW6aBVtywcuz8C26i~eyE2EAfr3hRW9ZNNgAL6R2NuM2bKQXtHzf2G6~0GnklOe2bhQy8FavFmhUQebmuqpCVlU76a8EQDqvJU2HjnuEZzM4C4EuKKhWqCaPZtss76VEnBEWvES~yfggZnmYvzUgKHESwUObh~v4DyrjKxXLjr9GnvnRl82aJN53cnfCialkzuPWNHLHiyHjbodCs~CLpy8OwdTCY01Ubsh4jNjD602m4U7A2K4tVpx7LPUUNRdw__&Key-Pair-Id=APKAJLOHF5GGSLRBV4ZA.

Nur Faezah Arfan & Dg Norizah Ag Kiflee@Dzulkifli. (2018). Kepimpinan pengajaran, sekolah      berkesan          dan      peradaban        organisasi        di pedalaman Sarawak. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 3(2), 127 – 136. Diperoleh daripada http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/76055/13.pdf.

Rosnah Ishak, Muhammad Faizal A. Ghani & Saedah Siraj. (2014). Amalan kepimpinan organisasi pembelajaran di sekolah berprestasi tinggi Malaysia. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 1(2), 1 – 12. Diperoleh daripada http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/36487/v1n2_14_article1.pdf.

Rosnah Ishak & Muhammad Faizal A. Ghani. (2012). Amalan kepimpinan terbaik untuk sekolah “Organisasi pembelajaran”. Jurnal Pendidikan Malaysia, 37(2), 35 – 41. Diperoleh daripada http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/28229/17_ar.pdf.


No comments:

Post a Comment

  SENARAI AHLI KUMPULAN 1.  SOEBAH BINTI MOHAMMAD RODZI D20192091369   AT36-ISMP TAHFIZ ALQURAN DAN QIRAAT 2.  NURUL HUSNA BINTI MOHAMMED JA...