BAB 12 : PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA

NAMA : NURUL HUSNA BINTI MOHAMMED JAMIL

NO. MATRIK : D20192091371


            PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA


PENGENALAN

Bab ini membincangkan bagaimana pengurusan yang khusus kepada pelajar yang bekeperluan khas.Pelbagai program –program pendidikan yang menggunakan kaedah –kaedah khas dan lebih sesuai untuk memenuhi keperluan-keperluan perkembangan fizikal,imtelek,emosi dan sosial individu-individu yang bekeperluan khas.


PEMULIHAN

            Program Pemulihan merupakan langkah-langkah khusus yang dijalankan bertujuan untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Golongan pelbagai upaya ini perlu dipulihkan sebaik sahaja masalah yang dihadapi itu dapat dikesan oleh guru mata pelajaran atau guru bilik darjah dengan langkah-langkah yang sewajarnya.Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia pula, program pemulihan ini dispesifikasikan kepada Program Pemulihan Khas yang dibina untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah khusus dalam pembelajaran, iaitu untuk membantu mereka menguasai kemahiran asas 3M.

Ciri-ciri Kanak Pemulihan

• Rendah diri

• Pasif

• Mengganggu rakan

• Kerap tidak hadir sekolah

• Lemah pemahaman

• Malas

 

PEGAYAAN

            Pengayaan ialah aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang dijalankan sama ada di dalam waktu sekolah atau di luar kawasan sekolah. Aktiviti penggayaan disediakan untuk semua murid di dalam kelas, sama ada di peringkat sekolah rendah atau menengah dan sama ada kumpulan cerdas atau sederhana cerdas. Dalam kajian terhadap pengurusan murid pelbagai upaya ini, pengayaan merujuk kepada aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh pelajar yang bermasalah dalam pembelajaran untuk menambahkan pengetahuan dan memperluaskan pengalaman mereka.Sesuai dengan keperluan pendidikan kini yang tidak lagi berpusat kepada guru, program pengayaan memberi peluang kepada murid menjalankan aktiviti secara aktif. Keadaan ini bersesuaian dengan kehendak program pengayaan yang menyediakan aktiviti bercorak belajar sendiri tanpa memerlukan banyak pimpinan dan tunjuk ajar daripada guru. Hal ini bermakna, program pengayaan bukan sahaja dapat memenuhi keperluan setiap individu dari segi memperluaskan pengetahuan dan pengalaman, malah turut merangsang permikiran murid.

Pengayaan boleh dibahagikan kepada dua iaitu :

                 I) Pengayaan mendatar

-          Pengayaan mendatar merupakan aktiviti pengayaan berdasarkan kepada tahap pencapaian murid

II) Pengayaan menegak.

-          Pengayaan menegak merupakan aktiviti pengayaan berdasarkan minat dan bakat murid dalam kumpulan cerdas sahaja.

 

RUMUSAN

Dalam bab ini kita dapat mengetahui apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan murid pelbagai upaya. dalam bab ini ada menyatakan bahawa murid pelbagai upaya bukanlah hanya merujuk kepada murid yang sakit serta mengalami kekurangan anggota badan atau mengalami masalah fizikal sahaja namun di dalam bab ini ada juga dinyatakan tentang kelebihan sesetengah pelajar yang perlu diberi penelitian dan pemerhatian kerana mereka ini memerlukan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berbeza dengan kanak-kanak biasa mahupun kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan seperti lambat belajar dan sebagainya. mereka ini perlu diberi kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berbeza kerana mereka sudah mampu melangkaui apa yang disampaikan oleh guru dalam pengajaran biasa dan memerlukan mereka untuk menambah ilmu pengetahuan yang lebih lagi bagi membantu mereka memanfaatkan kelebihan yang mereka ada sebaik mungkin.

 RUJUKAN

 1) Asyikin.(2018).Pengurusan Pelbagai Upaya. dipetik daripada  https://www.slideshare.net/Asyikin4996/bab-12-pengurusan-pelbagai-upaya.


 

 

No comments:

Post a Comment

  SENARAI AHLI KUMPULAN 1.  SOEBAH BINTI MOHAMMAD RODZI D20192091369   AT36-ISMP TAHFIZ ALQURAN DAN QIRAAT 2.  NURUL HUSNA BINTI MOHAMMED JA...