NAMA : NURUL AMNI HUDA KHAIRUL ANUAR
NO. MATRIK : D20192091441
PENGENALAN
Menurut Amir (2002), budaya
merujuk kepada ciri-ciri atau hasilan tingkah laku yang dipelajari oleh
sekumpulan manusia daripada persekitaran sosialnya. Budaya juga ditakrifkan
sebagai tamadun atau peradaban sesebuah masyarakat, kemajuan fikiran, akal budi
(cara berfikir, berkelakuan dan sebagainya). Pelbagai budaya pula didefinisikan
sebagai satu sistem kepercayaan dan tingkah laku yang mengiktiraf dan
menghormati kewujudan kepelbagaian dalam kelompok sebuah organisasi atau masyarakat,
mengakui dan menghargai perbezaan sosiobudaya, dan menggalakkan dan menerima
sumbangan berterusan mereka dalam konteks dan budaya yang inklusif dalam
organisasi atau masyarakat berkenaan.
ISI KANDUNGAN
Teori Sosial Pelbagai
Budaya terbahagi kepada 3 iaitu:
1.
Melting
port 1 : Anglo Conformity
·
Masyarakat
yang terdiri daripada individu yang pelbagai latar belakang agama, etnik,
bahasa dan budaya harus disatukan dalam satu wadah yang paling dominan.
·
Teori
ini melihat individu dalam masyarakat secara hierarki, iaitu kumpulan majoriti
dan minoriti.
·
Sebagai
contoh, apabila kumpulan majoriti adalah penganut agama A, maka kumpulan minoriti
perlu mengikut agama kumpulan majoriti.
·
Teori
ini jelas tidak berpegang kepada prinsip demokrasi.
2.
Melting
port 2 : Ethnic synthesis
·
Identiti
agama, etnik, bahasa, dan budaya asli anggota masyarakat yang pelbagai ini akan
membentuk satu identiti yang baharu, lama-kelamaan akan hilanglah identiti yang
asal.
·
Teori
ini tidak sepenuhnya demokratik kerana hanya mengambil sebahagian unsur budaya
asli individu dalam masyarakat dan membuang sebahagian unsur budaya yang lain.
3.
Cultural
pluralism : Mosaic Analogy
·
Masyarakat
yang terdiri daripada berbagai kaum yang mempunyai latar belakang agama, etnik,
bahasa dan budaya tersendiri memiliki hak untuk mengekspresikan identiti budaya
mereka secara demokratik.
·
Teori
ini sama sekali tidak meminggirkan identiti budaya tertentu termasuk identiti
budaya bagi kelompok minoriti.
Menurut Banks (1989),
kepelbagaian latar belakang individu dalam masyarakat mempengaruhi kepelbagaian
latar belakang para pelajar dalam institusi pendidikan. Dalam konteks
pendidikan, pendidikan pelbagai budaya ialah proses atau strategi pendidikan
yang melibatkan lebih daripada satu budaya yang ditunjukkan melalui bahasa, etnik,
atau ciri-ciri ras (Saha, 1997). Dengan itu, pendidikan pelbagai budaya boleh
berlaku dalam pendidikan formal atau tidak formal. Tujuan pendidikan pelbagai
budaya adalah untuk memupuk toleransi, kesedaran, pemahaman dan pengetahuan
yang mengambil kira aspek persamaan dan perbezaan antara budaya dan kaitannya
dengan pandangan dunia, konsep, nilai, keyakinan dan sikap.
Pendidikan pelbagai budaya
dapat dilihat dari tiga aspek:
·
Konsep
– pendidikan pelbagai budaya merupakan idea yang melihat semua pelajar
mempunyai hak yang sama untuk belajar di dalam kelas tanpa membezakan mereka
dari segi jantina, kelas sosial, etnik atau kriteria lain.
·
Gerakan
– pendidikan pelbagai budaya didefinisikan sebagai usaha untuk mengubah
institusi-institusi pendidikan sehingga pelajar daripada semua kaum, kelas
sosial, jantina dan lain-lain memiliki peluang yang sama untuk pelajar.
·
Proses
– pendidikan pelbagai budaya dapat difahami sebagai proses untuk mencapai
tujuan agar kesamaan pendidikan dapat dicapai oleh semua pelajar.
Dimensi Pendidikan Pelbagai
Budaya:
§
Content
integration → mengintegrasikan berbagai budaya dan kelompok untuk
mengilustrasikan konsep asas, generalisasi dan teori dalam matapelajaran
disiplin ilmu.
§
The
knowledge construction process → membawa pelajar untuk memahami implikasi
budaya ke dalam sebuah mata pelajaran.
§
An
equity pedagogy → menyesuaikan kaedah pengajaran dengan cara belajar para pelajar
dalam rangka membimbing prestasi akademik pelajar yang pelbagai baik dari segi
ras, budaya ataupun sosial.
§
Prejudice
reduction → mengenal pasti kriteria dan ciri-ciri budaya pelajar dan menentukan
kaedah pengajaran yang sesuai untuk mereka. Ini adalah bagi mengurangkan
perasaan prejudis terhadap budaya kaum lain.
§
An
empowering school Culture and Social Structure → melatih kelompok untuk
menyertai dalam kegiatan olahraga, berinteraksi dengan seluruh staf dan pelajar
yang berbeza etnik dan ras dalam membentuk dan memperkasakan budaya sekolah dan
struktur masyarakat.
Dasar Pendidikan Pelbagai Budaya
Ø
Laporan
Barnes (1951)
“ matlamat pendidikan dasar
hendaklah membentuk satu rupa bangsa yang berasaskan pelbagai kaum ”
Ø
Laporan
Fenn-Wu (1951)
“ dasar pendidikan Malaya
hendaklah ditujukan kepada matlamat membina warganegara Malaya … menyediakan
kanak-kanak untuk menempuh segala bidang kehidupan berdasarkan latar belakang
kehidupan masyarakat Malaya. ”
Ø
Ordinan
Pendidikan 1952
“ matlamat pendidikan akan
tercapai melalui pembentukan sekolah berbagai-bagai kaum yang bercorak
kebangsaan … dengan berorientasikan kehidupan di Malaya untuk kanak-kanak semua
kaum … dengan bahasa pengantar adalah bahasa rasmi, iaitu bahasa Melayu dan
Inggeris … di samping bahasa ibunda di sekolah vernakular Cina dan Tamil ”
Ø
Akta
Pendidikan 1961
“ … sistem pendidikan itu
menepati prinsip bahawa kanak-kanak dididik sejajar dengan kehendak ibu bapa
mereka yang berbilang kaum, agama dan budaya … atas dasar demokrasi pendidikan
dan pengekalan budaya etnik masing-masing kaum yang ada dalam masyarakat majmuk
di negara ini. ”
Kepentingan
memahami kepelbagaian budaya bagi guru:
ü
Guru
bertanggungjawab memupuk perpaduan dalam kalangan muridnya.
ü
Guru
akan lebih bersedia untuk berhadapan dengan murid daripada pelbagai budaya.
Menurut Najeemah (2003),
sebab utama guru-guru tidak mengamalkan pendidikan pelbagai budaya ialah:
o
Guru-guru
tidak tahu atau memahami maksud sebenar pendidikan pelbagai budaya.
o
Guru
tidak tahu cara untuk menggunakan pendidikan pelbagai budaya secara berkesan.
o
Guru-guru
tidak bermotivasi bagi mempelajari cara yang berkesan bagi pendidikan pelbagai
budaya.
o
Guru-guru
tidak menyedari mereka mempunyai tanggungjawab yang besar dalam melaksanakan
pendidikan pelbagai budaya.
PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA DALAM BILIK DARJAH
Ciri-ciri guru berkesan dalam pendidikan pelbagai budaya:
Banks (1989)
- Sensitif terhadap tingkah laku para pelajar dari pelbagai latar belakang.
- Sensitif terhadap kemungkinan mewujudkan kontroversi tentang topik yang diajar.
- Menggunakan teknik pembelajaraan secara berkumpulan (koperatif) untuk meningkatkan integrasi etnik dalam pembelajaran.
Najeemah (2007)
- Guru
mesti tidak berat sebelah dan perlu berfikiran terbuka.
- Guru
perlu jujur dan menghargai alternatif budaya seperti bahasa, kepercayaan, nilai
dan tingkah laku.
- Guru mestilah menganggap bahawa kepelbagaian budaya memberi manfaat kepada mereka. Dengan pengetahuan yang ada, guru dapat memahami pelajar daripada budaya yang berlainan.
Pengurusan Bilik Darjah Mesra Budaya
Persekitaran fizikal
- Ø
Pelan
kedudukan murid.
- Ø
Pengisian
papan kenyataan.
- Ø
Hiasan
keceriaan.
Pembelajaran & Pemudahcaraan (PdPc)
- Ø
Pengetahuan
sedia ada murid.
- Ø
Pendekatan
& teknik PdPc.
- Ø
Peka
dengan topik-topik tertentu.
Hubungan guru-murid
- Ø
Bilik
darjah yang selamat.
- Ø
Corak
komunikasi & interaksi.
- Ø Hubungan antara guru dan ibu bapa murid.
Rutin & Disiplin
- Ø
Peraturan
bilik darjah.
- Ø
Rutin
harian.
Bimbingan & Kaunseling
- Ø
Intervensi
bagi menangani.
- Ø
Tingkah
laku bermasalah.
RUMUSAN
Kesimpulannya, pelajaran
abad ke-21 dalam kepelbagaian budaya merupakan satu strategi dan perspektif
baharu untuk memahami variasi pelajar dari masyarakat yang berbilang bangsa dan
budaya. Sebagai warga pendidik, guru perlu memainkan peranan yang penting untuk
membanteras dan menangani isu perkauman yang berlaku dalam kalangan pelajar di
sekolah. Kemajmukan dalam masyarakat berbilang kaum perlu ditanam dan disemai
dalam setiap individu sejak dari kecil lagi bak kata pepatah ‘melentur buluh
biarlah daripada rebungnya’ supaya perpaduan kaum dapat dicapai seterusnya
dapat membentuk keharmonian dan kemakmuran negara dengan baik.
RUJUKAN
http://notakps3014.blogspot.com/2018/12/bab-11-pengurusan-pelbagai-budaya.html
https://www.slideshare.net/Asyikin4996/pengurusan-pelbagai-budaya
http://pelajaujaya.blogspot.com/2018/12/kps-tajuk-11-pengurusan-pelbagai-budaya.html
No comments:
Post a Comment