BAB 8 : STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN

 NAMA : NURUL AMNI HUDA KHAIRUL ANUAR

NO MATRIK : D20192091441


PENGENALAN

Pengurusan bilik pembelajaran merupakan salah satu elemen yang sangat penting bagi memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Pengurusan bilik pembelajaran sering dikaitkan dengan usaha-usaha proses mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan dan digunakan untuk merujuk kepada kemampuan mengurus perlakuan pelajar bagi tidak mengganggu proses pembelajaran (Ang, 2014). Pengurusan bilik pembelajaran juga didefinisikan sebagai satu proses di mana seorang guru memainkan peranan untuk mengurus bilik pembelajaran termasuk mengatur persekitaran fizikal dan mewujudkan komunikasi dan interaksi antara pelajar dan guru. Oleh itu, guru perlu menitikberatkan dan merancang strategi pengurusan bilik pembelajaran yang efektif. Ang (dalam Weber, 2006) menjelaskan bahawa tugas mengajar guru mengandungi dua elemen utama iaitu elemen penyampaian ilmu dan elemen pengurusan bilik pembelajaran. Bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar, keseimbangan antara kedua – dua elemen ini perlu diberikan perhatian. Strategi pengurusan bilik pembelajaran dapat dibahagikan kepada beberapa aspek iaitu aspek persekitaran fizikal, aspek emosi, aspek psikososial iaitu interaksi dan komunikasi antara guru dan pelajar, perancangan bilik pembelajaran yang berkesan. Strategi pengurusan bilik pembelajaran yang tepat dan berkesan dapat membantu perkembangan pelajar dalam aspek persahabatan dan semangat kerjasama serta menggalakkan aktiviti intelektual. Ia merupakan kerjasama antara guru dan pelajar dalam menjalankan aktiviti dalam pelbagai aspek untuk mewujudkan satu persekitaran pembelajaran yang kondusif.

 

ISI KANDUNGAN


FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN

Sebagai agen perubahan dan penyelia kepada bilik pembelajaran, guru seharusnya mengetahui dan mempelajari persekitaran bilik pembelajaran dan faktor-faktor yang boleh mempengaruhi keberkesanan pengurusan bilik pembelajaran bagi mewujudkan dan meningkatkan tahap pembelajaran yang efektif. Antara faktor yang perlu diberi tumpuan oleh guru ialah:-

 

1.   Persekitaran fizikal

Persekitaran pembelajaran yang kondusif dapat menggalakkan aktiviti intelektual, menggalakkan persahabatan, kerjasama dan sokongan disamping menggalakkan pembelajaran, pertumbuhan dan perkembangan pelajar. Persekitaran fizikal bilik pembelajaran boleh dikategorikan kepada:-

         i.        Susun atur perabot

Susun atur perabot hendaklah bersesuaian dengan aktiviti yang hendak dijalankan dan tidak menghalang kebolehcapaian guru dan pelajar.

 

        ii.        Pencahayaan dan pengudaraan

Penggunaan tingkap dan lampu membantu dalam mendapatkan pencahayaan yang memberi impak kepada mood dan emosi pelajar. Suhu, kelembapan dan aliran udara pula penting untuk mendapatkan pengudaraan yang baik kerana berpotensi memberi kesan kepada kesihatan, keselesaan dan prestasi pelajar di dalam bilik pembelajaran.

 

       iii.        Warna

Penggunaan warna yang terang dan lembut boleh menimbulkan kesan emosi dan psikologi pada pelajar dan guru serta dapat merangsang deria pelajar.

 

      iv.        Alatan dan keselamatan

Kemudahan asas (papan putih, meja, kerusi dll) dan kemudahan multimedia (LCD dan projektor) boleh mempengaruhi pencapaian matlamat pembelajaran. Manual keselamatan ketika menggunakan peralatan–peralatan disedikan bagi mengelakkan kemalangan atau kecederaan yang tidak diingini.

 

       v.        Keselesaan dan kesejahteraan

Saiz ruang bilik pembelajaran yang fleksibel dan bersesuaian dengan bilangan pelajar dapat membantu guru untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran untuk menarik minat pelajar. Penjagaan bilik pembelajaran dari segi kebersihan dan keceriaan juga dapat menentukan keselesaan dan kesejahteraan pelajar.

 

2.   Pendekatan psikososial

Pendekatan ini merujuk kepada hubungan pelajar dengan persekitaran bilik pembelajaran. Anatar faktor yang mempengaruhi persekitaran sosial yang sihat ialah komunikasi dan interaksi antara guru dan pelajar.

 

         i.        Komunikasi

Kemahiran komunikasi ini meliputi kemahiran menulis, membaca, berhujah, mendengar, etika dalam berkomunikasi dan juga mempunyai kaitan dengan penggunaan teknologi. Terdapat 2 jenis komunikasi iaitu: -

o   Komunikasi lisan (Perbualan, ucapan & pembentangan)

o   Komunikasi bukan lisan (Tingkah laku & unsur fizikal)

 

        ii.        Interaksi

Interaksi ialah tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain, tindak balas antara dua atau beberapa pihak (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2013). Terdapat 3 pola interaksi:-

 

a)    Interaksi sehala atau satu hala

·         Interaksi berlaku antara guru kepada pelajar.

·         Berpusatkan guru.

·         Aktiviti pembelajaran pasif.

·         Guru sering mengamalkan pendekatan jenis auditoritarian.

·         Proses pengajaran dan pembelajaran terbatas.

 

b)    Interaksi 2 hala

·         Interaksi antara guru dengan pelajar/pelajar dengan pelajar.

·         Menggalakkan penglibatan pelajar.

·         Merapatkan jurang hubungan antara satu sama lain.

·         Aktiviti pembelajaran lebih aktif.

 

c)    Interaksi pelbagai hala

·         Interaksi berlaku antara guru dengan pelajar, pelajar dengan guru dan pelajar dengan pelajar.

·         Aktiviti pembelajaran sangat aktif.

·         Hubungan pelajar dengan guru amat rapat dan mesra.

·         Suasana kelas meriah dan ceria.

·         Bergerak secara berkumpulan.

 

3.   Pendekatan emosi

Pendekatan ini merujuk kepada perasan pelajar terhadap guru yang menjadi peransang dan pembangkit semangat dan minat pelajar terhadap pembelajaran. Sebagai warga pendidik, guru berperanan sebagai penggerak utama dalam mewujudkan suasana emosi yang baik dalam bilik pembelajaran. Terdapat  beberapa faktor yang mempengaruhi suasana emosi yang berkesan:-

         i.        Suara

·         Memiliki suara yang jelas, terang, semulajadi, mesra dan bercorak perbualan.

·         Menggalakkan interaksi antara satu sama lain serta melancarkan aktiviti pembelajaran.

·         Mempunyai ciri-ciri suara yang menimbulkan kesan emosi (pertuturan yang baik, gaya bahasa yang betul, nada suara yang jelas dan terang).

·         Pertuturan kata mencerminkan diri seseorang.

·         Tanggapan pertama pelajar terhadap guru dapat dinilai melalui pertuturan.

 

        ii.        Perwatakan

·         Mempunyai perwatakan yang baik.

·         Merapatkan hubungan dengan pelajar dengan berperwatakan lucu.

·         Pelajar bersifat terbuka dan menyenangi sikap guru.

·         Menjadikan pembelajaran lebih menarik dan tidak membosankan.

·         Menarik minat pelajar untuk lebih aktif dalam pembelajaran.

 

       iii.        Penggunaan pujian

·         Memberi dorongan dan motivasi.

·         Pelajar berkeinginan untuk mencuba perkara baharu.

·         Pujian terhadap perbuatan baik mendorong pelajar untuk terus melakukannya.

·         Disampaikan dalam pelbagai bentuk (lisan, pemberian hadiah).

 

      iv.        Kawalan

·         Terbahagi kepada 2 iaitu kawalan positif dan kawalan negatif.

·         Teknik kawalan positif berformal: memberi galakan terhadap pelajar (memberi markah dan menggalakkan persaingan sihat)

·         Teknik kawalan tidak berformal: pengendalian tingkah laku yang tidak terlalu tegas (melonggarkan peraturan, menggunakan pengajaran ekstrinsik).

·         Teknik kawalan negatif: pengendalian tingkah laku secara tegas dan kasar (mengenakan hukuman, denda, sindiran, membangkang dan tidak memberi ganjaran)

·         Penggunaan teknik sindiran tidak digalakkan.

·         Boleh melemahkan semangat dan mendorong pelajar untuk terus melakukan kesilapan sama sebagai balasan.

 

       v.        Gaya kepimpinan

·         Kepimpinan autoritarian: mengawal pelajar melalui ganjaran dan hukuman.

·         Kepimpinan demokrasi: perkongsian tanggungjawab antara guru dan pelajar.

·         Kepimpinan laissez-faire: berkonsepkan kebebasan sepenuhnya,

·         Digalakkan untuk mempraktikkan gaya kepimpinan demokrasi; memupuk kerjasama antara guru dan pelajar.

 

RUMUSAN

Strategi pengurusan bilik pembelajaran di sesebuah sekolah perlu dititikberatkan kerana sangat mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Strategi pengurusan ini perlu diambil kira dalam aspek fizikal, psikososial dan juga emosi. Strategi ini penting bagi memastikan kecemerlangan pelajar dalam menimba ilmu di dalam satu bilik pembelajaran yang kondusif, selesa dan selamat serta dilengkapi dengan peralatan yang bersesuaian dan selamat digunakan.

 

 

RUJUKAN

https://ilhamizulkfli.wixsite.com/website-2/post/strategi-pengurusan-bilik-pembelajaran

https://ainulshafiqah.blogspot.com/2019/05/tajuk-7-strategi-mengurus-bilik-darjah.html

 https://foliokps3014-pengurusanpembelajaran.blogspot.com/2019/04/topik-8-strategi-mengurus-bilik_20.html


No comments:

Post a Comment

  SENARAI AHLI KUMPULAN 1.  SOEBAH BINTI MOHAMMAD RODZI D20192091369   AT36-ISMP TAHFIZ ALQURAN DAN QIRAAT 2.  NURUL HUSNA BINTI MOHAMMED JA...