NAMA : NURUL HUSNA BINTI MOHAMMED JAMIL
NO. MATRIK : D20192091371
INTERAKSI DALAM PEMBELAJARAN
PENGENALAN
Interaksi ialah proses saling tindakan antara individu
dengan pihak yang lain atau alam sekitarnya. Menurut Merriam Webster Online
Distionary, interaksi bermaksud pengaruh atau aksi dua hala. Dalam proses ini,
seorang individu berinteraksi dengan individu-individu yang lain atau
bahan-bahan di dalam persekitaran dengan tujuan mempengaruhi satu sama
lain.Terdapat beberapa jenis interaksi iaitu Interaksi sehala/interaksi
tradisional, Interaksi dua hala di antara guru dengan murid, Interaksi dua hala
di antara murid-murid,dan Interaksi
pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid dengan murid.
Manakala
pembelajaran pula boleh didefinisikan
sebagai perolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat,
serta pembentukan sikap dan kepercayaan. Proses pembelajaran berlaku sepanjang
hayat bermula sabaik sahaja dilahirkan . Pembelajaran bukan setakat merangkumi
penguasaan pengetahuan kemahiran semata-mata, tetapi perkembangan emosi, sikap,
nilai estetika dan kesenian serta ciri dalaman juga dipengaruhi oleh
pembelajaran. Pembelajaran membawa perubahan pada diri seseorang, sama ada
perubahan ke arah kebaikan ataupun keburukan. Walaubagaimanapun, perubahan yang
disebabkan oleh kematangan seperti berjalan, makan, penyakit dan kelaparan tidak
dianggap sebagai pembelajaran.
ISI PENTING
Oleh
itu,interaksi diantara murid dan guru di dalam kelas amat penting untuk
menjamin keberkesanan pembelajaran di dalam kelas.Interaksi yang berkesan juga
dapat mengeratkan perhubungan antara guru dengan para pelajar bukan sahaja di
dalam bilik darjah tetapi juga semasa berada di luar bilik darjah. Perhubungan
antara guru dengan pelajar yang mesra adalah sangat penting kerana ianya sangat
mempengaruhi menyampaian pengajaran dan pembelajaran. Interaksi berkesan dalam
pengajaran dan pembelajaran adalah aspek penting dan perlu dititikberatkan
kerana interaksi merupakan proses utama bagi guru untuk menyampaikan ilmu
pengetahuan kepada para pelajar. Melalui interaksi, guru dapat melaksanakan
rancangan pengajarannya mengikut objektif pelajar yang telah ditentukan. Selain
itu, melalui interaksi dengan bahan pengajaran, guru dapat menyampaikan
pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan kepada para pelajar. Pertukaran
maklumat atau idea di antara guru dengan
para pelajar amatlah digalakkan.Seterusnya, untuk memastikan ianya berkesan,
guru boleh menggunakan interaksi dua hala. Jika guru mmpraktikkan dan
memanfaatkan segala kebaikan interaksi, pasti dapat meningkatkan prestasi bukan
sahaja guru malahan para pelajar dan pihak sekolah.
- INTERAKSI SATU HALA
Berkait rapat dengan pendekatan/teknik/kaedah/strategi yang
digunakan oleh guru di dalam pengajarannya. Contoh: Jika guru mengamalkan
pendekatan berpusatkan guru, kaedah kelas, kaedah syarahan, kaedah bercerita
atau kaedah demonstrasi, interaksi dalam bilik darjah akan menjadi sehala
kerana guru yang mengawal segala aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang
berlaku di dalam bilik darjah. Ciri-ciri interaksi sehala:
I) Corak
interaksi bilik darjah ditentukan oleh guru kelas.
II) Tiada
interaksi yang berlaku antara murid dengan murid.
III) Murid-murid tidak terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara aktif.
- INTERAKSI DUA HALA
Guru menggunakan pendekatan yang berlainan seperti
perbincangan atau kaedah induktif, interaksi yang berlaku di dalam bilik darjah
bertukar menjadi dua hala. Ciri-ciri interaksi dua hala:
I) Aktiviti
pengajaran dan pembelajaran bercorak aktif.
II) Perhubungan
guru dengan murid menjadi rapat akibat komunikasi terbuka di dalam bilik
darjah.
III) Menggalakkan murid-murid untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan menyoal dan meminta pendapat mereka.
- INTERAKSI PELBAGAI HALA
Guru menggunakan kaedah-kaedah dan teknik pengajaran seperti
simulasi, main peranan, pendekatan kumpulan, kaedah perbincangan, uji kaji,
kaedah penyelesaian masalah dan kaedah perbincangan, ia akan menggalakkan
interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid dengan murid-murid
lain di dalam bilik darjah. Ciri-ciri penting:
II) Penyertaan
aktif murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
III) Suasana yang kondusif untuk mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran.
RUMUSAN
Kesimpulannya, interaksi yang berkesan akan dapat
mengeratkan hubungan antara guru dan pelajar sama ada di dalam kelas mahupun
diluar kelas. Melalui interaksi, guru dapat melaksanakan rancangan
pengajarannya dan dapat menyampaikan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
kepada pelajar. Pertukaran maklumat atau idea antara guru dan pelajar akan
dapat memudahkan usaha menjadikan sebuah pengajaran dan pembelajaran itu lebih
berkesan.Akan tetapi, ketika seluruh dunia dilanda wabak covid-19 yang mana Negara Malaysia juga tidak terkecuali dalam membendung serta mengawal penularan wabak ini,interaksi antara pelajar dan guru serta pelajar dengan pelajar sangat terhad,oleh itu peranan guru amatlah penting untuk mengekalkan interaksi antara pelajar dan pelajar serta guru dengan pelajar masih berjalan dengan mempelbagaikan teknik-teknik mengajar yang sesuai dengan keadaan pembelajaran di atas talian agar para pelajar terus menjalankan dan menghadiri kelas seperti sedia kala dan guru juga dapat menjalankan tugas untuk mengajar dengan baik dan sempurna.
RUJUKAN
1) Cikguazni87.(2016).Pengurusan Bilik Darjah : Cikgu Azni : Bilik Darjah. Dipetik daripada http://cikguazni87.blogspot.com/2016/03/maksud-interaksi-interaksiialah-proses.html.
No comments:
Post a Comment