NAMA : MUHAMMAD RAZIN BIN RAHIM
NO MATRIK : D20192091434
SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN
PENGENALAN
Pengertian sosiologi adalah bagi
mengenalpasti struktur-struktur asas terhadap masyarakat, mengetahui punca-punca tekanan
utama yang dihadapi sehingga melemahkan mereka dan mempelajari syarat-syarat dan
etika dalam membentuk kehidupan seharian mahupun rutin kehidupan mereka. Sosiologi
merupakan suatu kajian yang dilakukan bagi mengkaji tentang hukum masyarakat
dan proses berlaku berkenaan yang dialami oleh anggota masyarakat. Ia secara
teori sering kali dikaitkan dengan soal-soal manusia dalam masyarakatnya. Kewujudan
Sosiologi untuk mengetahui tentang perangai dan sikap kita sebagai manusia
secara mudahnya , menganalisis dan membuat kajian tentang hubungan antara
manusia yang pada awalnya saling tidak kenal antara satu sama laian ditukar kepada
suatu peringkat yang lebih proses sosial sejagat.
Definasi Pembelajaran adalah
bermaksud perihal pemerolehan ataupun pengubahsuaian dan pengukuhan bagi
pengetahuan, tingkah laku, kemahiran, nilai, atau keutamaan yang baharu. Atau
dengan maksud yang lain pembelajaran bermaksud menyedia adakan atau membolehkan
sesuatu melibatkan sintesis jenis maklumat berlainan. Pembelajaran adalah tidak
wajib kerana pembelajaran merupakan kontekstual. Ia tidak datang bergolek
tetapi ia terbina di atas sesuatu perkara dan mengaplikasikan ke bentuk yang lain dari perkara
yang sudah diketahui.
Perspektif
sosiologi
Tumpuan
perspektif sosisologi adalah pada tingkah laku masyrakat, memahami corak
interaksi dan proses kelompok. Terdapat dua jenis perspektif iaitu mikro dan
mikro.
Mikro – bersifat kecil dan individu
Contoh: Masalah
penagihan dadah adalah masalah individu
Makro – bersifat besar, bersifst benar, bercorak
organisa dan kompleks seperti peperangan dan pengangguran.
Contoh: Masalah
kecurian dalam masyarakat yang berpunca dari penagih dadah
Teori Utama
Sosiologi
·
Teori Interaksionisme Simbolik
Ø
Dipelopori oleh George Herbert Mead (1863-1931)
Ø
Teori mengkaji bagaimana individu menginterpretasi dan bertindak menurut
kemahuan masing-masing dalam masyarakat
Ø
Mengkaji makna simbolik atau makna yang tersirat secara subjektif
Ø
Melihat bagaimana makna yang simbolik digunakan dalam interaksi manusia
Ø
Kepentingan memahami simbolik mengikut konteks penggunaannya
·
Teori Fungsionalisme
Ø
Dipelopori oleh Auguste Comte (1798-1857)
Ø
Mengkaji perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan-kegiatan yang
menyumbang kepada pengekalan masyarakat.
Ø
Masyarakat dianggap seperti tubuh badan yang mempunyai bahagian dengan
fungsi tersendiri
Ø
Teori ini melihat struktur dan fungsi dalam masyarakat seperti dalam
disiplin sains tulen
Ø
Masyarakat diumpamakan seperti organisma yang mempunyai bahagian dikenali
struktur
Ø
Struktur sosial akan menentukan kelancaran dan keharmonian masyarakat
·
Teori Konflik
Ø
Dipelopori oleh Karl Marx (1818-1883)
Ø
Menganalisis konflik-konflik yang berlaku dalam masyarakat
Ø
Berlaku konflik dalam struktur masyarakat
Ø
Mengkritik kapitalisme
Ø
Menimbulkan persoalan mengenai sama ada struktur-struktur masyarakat
seperti ekonomi, pendidikan, politik, sosial dan agama membawa kesejahteraan
kepada manusia atau sebaliknya
KLASIFIKASI PEMBELAJARAN
Proses pembelajaran melibatkan aspek mental,
fizikal, emosi dan sosial. Secara umumnya
pembelajaran boleh dikelaskan kepada 3 jenis
iaitu:
1. Pembelajaran Formal
2. Pembelajaran Informal (Tak Formal)
3. Pembelajaran
Non-Formal (Bukan Formal)
JENIS-JENIS PEMBELAJARAN
Jenis Pembelajaran Bloom
Dari pengertian pembelajaran yang telah
diberikan oleh beberapa ahli psikologi pendidikan,
jelaslah pada kita bahawa pembelajaran bukan
sahaja berlaku dari segi mental, malah ia boleh
berlaku dari segi fizikal, emosi dan juga
sosial.
Ahli psikologi pendidikan Amerika Syarikat,
Benjamin S. Bloom menyatakan bahawa
pembelajaran manusia berlaku dalam 3 bidang
iaitu:
1) Bidang kognitif
·
Mengutamakan penggunaan mental.
Contohnya: Menyelesaikan masalah matematik dan sains, memberi hujah bagi menyokong
sesuatu perbincangkan yang bersifat akademik.
2) Bidang afektif
·
Mengutamakan penggunaan aspek sosial dan emosi.
·
Berinteraksi dengan orang lain dan mendalami emosi diri sendiri untuk
belajar bertolak ansur, bertanggungjawabn belas kasihan dan sifatsifat sosial
yang lain.
3 Bidang psikomotor
·
Mengutamakan penggunaan aspek fizikal dan melibatkan koordinasi antara
otak, saraf dan anggota badan.
Contohnya:
Belajar menulis, bermain bolasepak, menunggang basikal, mebaiki kereta dengan
perkakas, menjahit dan sebagainya.
RUMUSAN
Rumusan bagi sosiologi
pendidikan dalam masyarakat amat penting untuk dipelajari oleh bakal guru bagi
meningkatkan ilmu pengetahuan dan membolehkan bakal guru menangani
masalah-masalah yang berlaku di sekolah pada masa depan. Melalui pendekatan yang
betul, bakal guru dapat menangani pelbagai situasi di sekolah dan juga dapat
beradaptasi dengan lingkungan sosial yang lain. Melalui pembelajaran sosiologi
pendidikan ini dapat memastikan bakal guru dapat menjalinkan hubungan yang baik
dan erat dengan pelajar yang pelbagai kaum.
No comments:
Post a Comment